Tip-tip bagaimana anda boleh menjimatkan petrol anda.
Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk
Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau
diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di
mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol
bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak,Ini
berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya.
Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.
Isikan minyak sehingga tangki penuh
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong.
Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin
besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap
tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki
apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda
“E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol
meruap, maka lebih cepat habis.
Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah
bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang
sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara
perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin
tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.
Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan
Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik
memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh,
nyata menjimatkan minyak.
Kurangkan penggunaan penghawa dingin
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka
tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap
terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapain ke dalam dengan
mudah.
Kurangkan beban kereta
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
Jumaat, 7 Oktober 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan